Saturday, 19 December 2015

Tembikai Susu ~ Honeydew Melon


  



Tembikai Susuatau lebih dikenali sebagai Honeydew Melon dalam bahasa Inggeris,   merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah.                 


1.Berwarna putih dan manis                  

2.Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya                     

3.Pokoknya menjalar seperti pokok tembikai                          


Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Filum: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Cucurbitales
Famili: Cucurbitaceae
Genus: Cucumis
Spesies: C. melo
Binomial: Cucumis melo cantalupensis                    
  








Pokok Tembikai Susu 









Terdapat 2 jenis buah tembikai susu yang biasanya didapati di Malaysia iaitu tembikai susu kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Isinya berbau harum dan amat manis apabila ranum (betul-betul masak).





Khasiat Tembikai Susu.



- Sumber Vitamin C
Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting bagi tubuh. Vitamin bersifat sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. keperluan vitamin C harian orang dewasa sekitar 90 mg. Satu potong buah  tembikai susu dapat memenuhi 1/3 keperluan vitamin C harian atau sekitar 30 mg.



Sumber Vitamin A
Vitamin A memiliki fungsi yang sangat penting dalam tubuh. diantaranya adalah mejaga kesehatan mata, gigi, kulit, tulang, dan selaput lendir. Dalam satu buah  tembikai susu ,dapat menyediakan 25% lebih banyak vitamin A dari keperluan harian.


Kaya dengan Kalium
Kalium atau Potassium berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung dan menjaga tekanan darah agar tetap stabil,dalam setiap hari, orang dewasa memerlukan 4700 mg kalium. Satu potong buah tembikai susu   mampu menyediakan sekitar 43 mg kalium untuk diserap oleh tubuh.


Kandungan Likopen
Likopen mampu menurunkan risiko serangan beberapa jenis kanser juga mencegah terjadinya serangan jantung. Satu potong buah melon mengandung 9 mg sampai 13 mg likopen.








Sumber Rujukan:

http://myblogsantai.blogspot.my/2013/11/5-khasiat-istimewa-tembikai-susu.html

http://sha3622.blogspot.my/2014/06/khasiat-buah-tembikai-susu.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembikai_Susu

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/tanam-tembikai-formula-sendiri-1.82894

https://www.google.com/imghp?gws_rd=ssl  (sumber gambar)