Saturday, 30 January 2016

            PUNGUTAN DAN PENGEDALIAN HASIL SELEPAS TUAIAN


  1. PUNGUTAN HASIL
      -TEMPOH MENUAI BERGANTUNG PADA:
  • jenis dan variety tembikai susu
  • tempat tumbuhnya/lading penanaman
      -CIRI-CIRI FIZIKAL BUAH YANG MASAK
  • mengeluarkan aroma harum yang khas
  • permukaan buah telah diselaputi jaring dengan sempurna
  • tangkai buah lazimnya telah retak atau pecah
  • mudah dipetik dengan tangan
  • warna buah cenderung tua
  • kulit tidak mengeluarkan getah bila dikupas.
  • buah akan tenggelam bila dimasukkan dalam air

    2. MEMUNGUT HASIL

  • penyemburan racun perlu diberhentikan seminggu sebelum tempoh pungutan hasil
  • tembikai susu perlu dikutip pada waktu pagi
  • dilakukan dengan menggunakan gunting  yang telah distrilkan.
  •  buah yang telah siap dipetik  dibawa dengan bekas yang beralaskan  jerami  atau alas yang yang empuk.
  • pastikan buah tidak berlaga- laga agar tidak cacat fizikalnya.

Wednesday, 20 January 2016

PENYEDIAAN KAWASAN PERUSAHAAN TANAMAN TEMBIKAI SUSU


KESESUIAN AGROTAKLIMAT
  1. SUHU
  2. KETINGGIAN TEMPAT DAN TABURAN HUJAN
  3. SINAR MATAHARI
  4. KELEMBAPAN
PENGOLAHAN KAWASAN
  1.  PEMBERSIHAN KAWASAN
  2. PENGGEMBURAN
  3. PENGAPURAN
  4. MEMBUAT BATAS
  5. PEMBAJAAN ASAS
  6. MELETAK SUNGKUPAN
  7. MEMASANG SOKONGAN





PENGENDALIAN PEROSAK DAN PENYAKIT

A. PEROSAK PADA TEMBIKAI SUSU DAN CARA  MENGAWALNYA
        
   PEROSAK
  •  KUTU APHIDS- rosakan tanaman dengan menghisap cecair  daun sehingga daun mengerut dan menggulung.
  • LALAT BUAH- menusukkan telur ke dalam buah.telur tersebut akan menjadi larva(ulat). ulat inilah yang menyebabkan buah tembikai susu menjadi busuk.
  • THRIPS-serangga ini membawa virus yang menyebabkan hadirnya bintik-bintik kuning pada daun. duan yang terkena serangan juga menjadi kerinting.
  • AULOCOPHORA SIMILIS-memakan daun dan bunga tembikai susu.pokok takkan berbuah jika bunganya habis dimakan.
  • ULAT BELUNCAS-dengan menggulung daunnya.ia juga menyerang bunga dan menggigit buah.
  • TUNGAU-menghisap cecair sel pada sel pada tunas dan pucuk daun hingga menyebabkan daun menjadi kerinting dan keriput.
  • NEMATOD-ia menyerang bahagian akar hingga membentuk puru.bekas luka boleh menimbulkan masalah lain iaitu menjadi tempat masuknya beberapa pathogen penyebab penyakit.
  • KUTU TANAH-kutu ini memotong pangkal tanaman sehingga tanaman patah atau mati. 
     
       PENYAKIT
  • LAYU FUSARIUM- berpunca dari jangkitan kulat Fusarium oxysporum. pokok menjadi layu bermula dari atas  dan merebak ke bahagian bawah pokok.pokok perlu dicabut dan dimusnahkan.
  • LAYU BAKTERIA-berpunca dari jangkitan Erwinia tracheichila. daun pokok akan diserang satu persatu. pokok akan mati secara perlahan-lahan.perawatan biji benih dengan racun serangga sangat digalakkan.
  • EMBUN TEPUNG- berpunca dari jangkitan kulat Erysiphe cichoracearum. diserang pada musim kemarau.timbul bintik-bintik putih pada permukaan daun bahagian bawah.daun akan keriput dan berwarna coklat. tanam baka pokok yang tahan penyakit. sembur racun kulat seperti Afugan 300 EC atau Calixin 750.
  • BUSUK BUAH- berpunca dari kulat Phytophtora nicotianae. timbul bintik coklat memanjang pada daun pokok. lading perlu disembur dengan racun kulat seperti Previcur N. pokok yang telah parah  sebaiknya dicabut dan dibakar.

JENIS-JENIS TEMBIKAI SUSU

JENIS-JENIS TEMBIKAI SUSU

  • SKY ROCKET-tembikai susu yang paling banyak ditanam.variety ini ada yang berasal jerman dan juga dari taiwan.buah tembikai susu sky rocket berbentuk bulat.kulit buahnya tebal dengan permukaan kulit berwarna hijau dan ditutupi sisik seperti jaring berwarana kelabu.manakala isinya pula warna kuning.
  • SELECT ROCKET-hampir sama sky rocket.ia ditanam jika sky rocket tiada di pasaran.
  • JADE DEW-berbentuk bulat dengan berat mencapai 2 kg. kulitnya semiberjaring dan berwarna putih kehijauan.isi buahnya berwarna kuning susu,manis dan teksturnya rapuh.tanaman yang tahan penyakit embun tepung dan virus ini banyak ditanam di negara ini.
  • HONEY DEW-permukaan kulitnya berwarna hijau keputihan dan halustanpa jaring.biji buah tembikai susu ini aghak sedikit.rasanya manis dan lembut.buah tembikai susu jenis ini tahan lama disimpan kerana kulitnya yang tebal.
  • AUTUMN SWEET
  • GOLDEN PRIZE
  • TEN ME
  • ACTION 434
  • NEW CENTURY
  • RED QUEEN
  • EMERALD SWEET
  • EAGLE
  • m.SILVER LIGHT

Tuesday, 19 January 2016

Pengenalan "The Modern Farmers"

THE MODERN FARMERS


TUJUAN PENULISAN BLOG INI 


"The Modern Farmers" atau Petani Moden, ialah kumpulan yang ditubuhkan di bawah subjek pelajaran kami di Politeknik iaitu E-Agriculture. Subjek ini memberi kami pilihan untuk memilih satu tajuk khusus untuk tugasan yang akan kami laksanakan. Kami membuat keputusan untuk memilih tajuk Penyakit-Penyakit Tembikai Susu. Antara tugasan yang diberikan ialah mencari maklumat lanjut dan melakukan kajian berdasarkan tajuk yang dipilih. Maklumat yang diperoleh kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam blog ini.

Selain itu, penulisan kami pada blog ini untuk kami berkongsi maklumat berkaitan TEMBIKAI SUSU DI MALAYSIA. Kami berharap para petani atau mereka yang ingin cuba menanam sendiri tembikai susu secara kecil-kecilan dapat memperoleh maklumat yang dapat membantu penanaman pokok tembikai susu mereka melalui perkongsian di blog ini.



MENGAPA KAMI MEMILIH NAMA "THE MODERN FARMERS" ??..

Memandangkan kami pelajar dari Jabatan Agroteknogi dan Bio Industri, kami mempunyai target untuk menjadi petani moden setelah kami selesai menghabiskan pengajian. Oleh itu, kami namakan kumpulan kami Petani Moden atau dalam Bahasa Inggeris "The Modern Farmers".





 Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli.


  1- Muhammad Muiz Mirza Bin Arif Mirza (22DAG15F1112)

Nama penuh Muhammad Muiz Mirza Bin Arif Mirza. Nama panggilan Muiz dan berumur 19 tahun. Dilahirkan di Gombak dan dibesarkan di Raub, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SRK Mahmud Raub dan kemudian ke SMK Tengku Kudin, Raub Pahang. Berjaya meneruskan pengajian di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi. Minat dalam bidang fotografi dan ICT.







 2- Tengku Mohd Azizul Bin Tengku Roslan
(22DAG15F1118)


Nama penuh Tengku Mohd Azizul bin Tengku Roslan. Nama panggilan Azizul. Berumur 19 tahun. Dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Nyiur. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tengku Intan Zaharah Dungun Terengganu. Selepas SPM, berjaya mendapat tawaran belajar di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi.




  3-Muhammad Afif Bin Mohd Saiful
(22DAG15F1115)





Nama penuh Muhammad Afif bin Mohd Saiful. Nama panggilan Afif. Berumur 19 tahun. dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Seri Manjung, Perak. Mendapat pendidikan awal di SMK Seri Manjung Perak. Berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi.
             

Saturday, 19 December 2015

Tembikai Susu ~ Honeydew Melon


  



Tembikai Susuatau lebih dikenali sebagai Honeydew Melon dalam bahasa Inggeris,   merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah.                 


1.Berwarna putih dan manis                  

2.Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya                     

3.Pokoknya menjalar seperti pokok tembikai                          


Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Filum: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Cucurbitales
Famili: Cucurbitaceae
Genus: Cucumis
Spesies: C. melo
Binomial: Cucumis melo cantalupensis                    
  








Pokok Tembikai Susu 









Terdapat 2 jenis buah tembikai susu yang biasanya didapati di Malaysia iaitu tembikai susu kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Isinya berbau harum dan amat manis apabila ranum (betul-betul masak).





Khasiat Tembikai Susu.



- Sumber Vitamin C
Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting bagi tubuh. Vitamin bersifat sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. keperluan vitamin C harian orang dewasa sekitar 90 mg. Satu potong buah  tembikai susu dapat memenuhi 1/3 keperluan vitamin C harian atau sekitar 30 mg.



Sumber Vitamin A
Vitamin A memiliki fungsi yang sangat penting dalam tubuh. diantaranya adalah mejaga kesehatan mata, gigi, kulit, tulang, dan selaput lendir. Dalam satu buah  tembikai susu ,dapat menyediakan 25% lebih banyak vitamin A dari keperluan harian.


Kaya dengan Kalium
Kalium atau Potassium berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung dan menjaga tekanan darah agar tetap stabil,dalam setiap hari, orang dewasa memerlukan 4700 mg kalium. Satu potong buah tembikai susu   mampu menyediakan sekitar 43 mg kalium untuk diserap oleh tubuh.


Kandungan Likopen
Likopen mampu menurunkan risiko serangan beberapa jenis kanser juga mencegah terjadinya serangan jantung. Satu potong buah melon mengandung 9 mg sampai 13 mg likopen.








Sumber Rujukan:

http://myblogsantai.blogspot.my/2013/11/5-khasiat-istimewa-tembikai-susu.html

http://sha3622.blogspot.my/2014/06/khasiat-buah-tembikai-susu.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembikai_Susu

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/tanam-tembikai-formula-sendiri-1.82894

https://www.google.com/imghp?gws_rd=ssl  (sumber gambar)