Tuesday 19 January 2016

Pengenalan "The Modern Farmers"

THE MODERN FARMERS


TUJUAN PENULISAN BLOG INI 


"The Modern Farmers" atau Petani Moden, ialah kumpulan yang ditubuhkan di bawah subjek pelajaran kami di Politeknik iaitu E-Agriculture. Subjek ini memberi kami pilihan untuk memilih satu tajuk khusus untuk tugasan yang akan kami laksanakan. Kami membuat keputusan untuk memilih tajuk Penyakit-Penyakit Tembikai Susu. Antara tugasan yang diberikan ialah mencari maklumat lanjut dan melakukan kajian berdasarkan tajuk yang dipilih. Maklumat yang diperoleh kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam blog ini.

Selain itu, penulisan kami pada blog ini untuk kami berkongsi maklumat berkaitan TEMBIKAI SUSU DI MALAYSIA. Kami berharap para petani atau mereka yang ingin cuba menanam sendiri tembikai susu secara kecil-kecilan dapat memperoleh maklumat yang dapat membantu penanaman pokok tembikai susu mereka melalui perkongsian di blog ini.



MENGAPA KAMI MEMILIH NAMA "THE MODERN FARMERS" ??..

Memandangkan kami pelajar dari Jabatan Agroteknogi dan Bio Industri, kami mempunyai target untuk menjadi petani moden setelah kami selesai menghabiskan pengajian. Oleh itu, kami namakan kumpulan kami Petani Moden atau dalam Bahasa Inggeris "The Modern Farmers".





 Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli.


  1- Muhammad Muiz Mirza Bin Arif Mirza (22DAG15F1112)

Nama penuh Muhammad Muiz Mirza Bin Arif Mirza. Nama panggilan Muiz dan berumur 19 tahun. Dilahirkan di Gombak dan dibesarkan di Raub, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SRK Mahmud Raub dan kemudian ke SMK Tengku Kudin, Raub Pahang. Berjaya meneruskan pengajian di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi. Minat dalam bidang fotografi dan ICT.







 2- Tengku Mohd Azizul Bin Tengku Roslan
(22DAG15F1118)


Nama penuh Tengku Mohd Azizul bin Tengku Roslan. Nama panggilan Azizul. Berumur 19 tahun. Dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Nyiur. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tengku Intan Zaharah Dungun Terengganu. Selepas SPM, berjaya mendapat tawaran belajar di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi.




  3-Muhammad Afif Bin Mohd Saiful
(22DAG15F1115)





Nama penuh Muhammad Afif bin Mohd Saiful. Nama panggilan Afif. Berumur 19 tahun. dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Seri Manjung, Perak. Mendapat pendidikan awal di SMK Seri Manjung Perak. Berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik Jeli, Kelantan dalam bidang Agroteknologi.
             

No comments:

Post a Comment